Foto: New Media Europe |
Sekarang dah masuk bulan Rejab pun. Beberapa bulan lagi dah nak puasa dan kita bakal menyambut hari raya aidilfitri. Apa plan anda untuk generate income? Kalau anda betul-betul nak buat duit sebelum raya, honestly speaking anda kena start dah dari sekarang.
Jom saya kongsikan beberapa idea bisnes untuk anda dapat duit raya lebih dari sepupu yang lain. Nak JV dengan cousin? Lagi bagus! Teruskan membaca.
IDEA BISNES RAYA
Menjelang musim perayaan ni, trend pengguna dan pembeli tu agak sama sepanjang tahun. Antara produk yang menjadi pilihan mata hati adalah baju raya (of course!) dan aksesorinya, kain hela, kuih dan biskut raya.
Itu secara generalnya. Jom kita tengok yang lebih spesifik.
It's all about trend!
Zaman sekarang serba moden dan masyarakat ikut perkembangan semasa. Tak trending mane nak post kat IG. Ok ini gurau ye. Jangan lah serius sangat.
Zaman sekarang punya trend, si ibu akan berusaha untuk cari baju raya paling cantik untuk si anak. Dan lagi best kalau baju tu sedondon satu keluarga! Pheww! Raya sakan kau!
Ok sekarang apa yang anda kena buat?
CARI SUPPLIER
Anda dah boleh start mencari supplier baju raya sekarang. Cara nak cari? Tanya Encik Google je apa susah. Taip je:
- buat duit+raya 2019
- buat duit+baju raya 2019
- projek raya 2019
- dropship baju raya 2019
Ikut kreativiti anda cara nak mencari. Nak ke butik terus pun boleh takde masalah. Yang penting deal elok-elok dengan supplier.
AMBIL PERHATIAN
Kalau anda menjual baju raya, pastikan cari supplier yang memang ada "ready stock" dalam tangan. Jangan supplier yang tunggu collect order baru dia nak jahit. Masak anda nanti kena viral dengan customer. Bukan apa, if anything happen macam salah saiz, silap kaler. So masih ada masa untuk tukar.
Kalau jenis makanan macam kuih atau biskut, biasanya customer tak nak pun dapat awal-awal. Kang belum raya dah habis. So kena deal betul-betul dengan supplier, dan juga customer.
Bila dah deal atau register sebagai dropship atau agent, terus promote iklan anda di socmed especially IG dan facebook.
Cumanya... Mencabar sebenarnya post di socmed ni sebab terlalu banyak iklan. Bagi saya, anda boleh cuba gunakan iklan berbayar. Kalau betul cara setting ads tu insyaAllah memang meletop-letop bank anda sebelum hari raya. Tapi kalau anda nak letupkan jualan tanpa keluar duit untuk iklan berbayar, boleh baca info berikut.
Klik di sini untuk info lanjut
0 Comments